Translate thi blog

Thursday 21 June 2012

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM SIRI 207/2012 BAGI NEGERI SABAH DAN SARAWAK

Kepada mana-mana individu yang berminat untuk menyertai TLDM sila tengok maklumat-maklumat di bawah. Adakah anda layak?

Sila klik pada link ini untuk maklumat lanjut

http://www.navy.mil.my/images/stories/dokumen/syaratbaru1.pdf




SYARAT-SYARAT:

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 24 Sep 2012.

b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

c. Berat badan minima
49 kg (Lelaki) 40.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 19 - 26.9 (Lelaki) 18 - 23 (Wanita).

Cara pengiraan:

BMI :                ( Berat/kg )
________________________________
Tinggi(meter) / Tinggi(meter)


d. Ukuran dada biasa 76 sm dan kembang 81 sm (Lelaki sahaja).

e. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak kabur warna.

3.
SIJIL DAN DOKUMEN

a. Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL. Kad Pengenalan (MY Kad), Sijil Kerakyatan Malaysia (jika ada), Sijil Kelahiran Pemohon, Penyata/Sijil SPM/SPMV/SKM/PMR, Sijil Berhenti Sekolah (tamat tingkatan 5), Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan dan Sijil Akademik lain.

Pusat Pemilihan bagi Sabah dan Sarawak
SIRI TARIKH HARI MASA TEMPAT PUSAT PEMILIHAN CATATAN
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)
1. 7 Jul 12 Sabtu 0900H Tawau Sek. Jenis. Keb (C) Chung Hwa Wanita
2. 8 Jul 12 Ahad 0900H Tawau Sek. Jenis. Keb (C) Chung Hwa Lelaki
3. 10 Jul 12 Selasa 0900H K. Kinabalu Sek. Jenis. Keb (C) Chung Hwa K. Kinabalu Wanita
4. 11 Jul 12 Rabu 0900H K. Kinabalu Sek. Jenis. Keb (C) Chung Hwa K. Kinabalu Lelaki
5. 14 Jul 12 Sabtu 0900H Sibu Sek. Men. Keb. Bandar Sibu Wanita
6. 15 Jul 12 Ahad 0900H Sibu Sek. Men. Keb. Bandar Sibu Lelaki
7. 17 Jul 12 Selasa 0900H Kuching Sek. Keb. Petra Jaya Wanita
8. 18 Jul 12 Rabu 0900H Kuching Sek. Keb. Petra Jaya Lelaki